INFO





Assalamualaikum.....Salam sejahtera,Salam perpaduan dan Salam 1 malaysia..
Blog KRT KG. LAHAR diwujudkan bagi menyampai maklumat dan menyalur info terkini selaras dengan kehendak JABATAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL(JPNIN) kepada semua pengendali blog dan juga kepada masyarakat setempat..


KRT KG. LAHAR telah mendapat Penetapan : RT02054809 bertarikh 14hb March 2010. KRT KG. LAHAR terdiri dari 6 kampung iaitu :-
1-Kampung Paya Tok Teh 
2-Kampung Paya Tok Kiong
3-Kampung Lahar Hujung
4-Kampung Lahar Tengah
5-Kampung  Peropok
6-Kampung Lubuk Ipoh.


 Antara pertubuhan yang bergerak aktif di KRT KG. LAHAR ialah :-
1)PERTUBUHAN BELIA WIRA SIBER 
dengan keahlian seramai 80 orang pelbagai aktiviti melibatkan belia telah diadakan dan sentiasa dirancang dari masa ke semasa (sila rujuk di halaman aktiviti bergambar)
2) KHAIRAT KEMATIAN ETIQA TAKAFUL
dengan keahlian seramai 120 orang
3)PAKATAN KG. LAHAR
dengan keahlian seramai 100 orang pertubuhan ini bertanggungjawab dalam pengurusan kenduri-kendara.


KRT KG. LAHAR juga telah menubuhkan Biro-biro bagi memantapkan lagi pentadbiran antaranya ialah :-
1)BIRO AGAMA
2)BIRO KEBAJIKAN
3)BIRO SOSIAL
4)BIRO PENERANGAN
5)BIRO SUKAN DAN REKREASI
6)BIRO KESELAMATAN  


                                             
                                              SEKIAN TERIMA KASIH