Wednesday, 20 April 2011

KURSUS..
Pada 15-17 April yang lalu beberapa orang anggota SRS KRT KG. LAHAR telah menyertai kursus anjuran JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT bertempat di kem Princess Heliza,..Kursus ni bertemakan "TEAM BUILDING" kursus ini dianjurkan untuk mningkatkan semangat berpasukan..Diharap dapat diterapkan kepada semua anggota srs yang lain.

Baru selesai flying fox.



Bersama pegawai..

Pasukan dari kedah.

Tekun belajar.


Kenangan beramai-ramai..



Wednesday, 6 April 2011

MAKSUD LOGO RT

Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.

1. Bulatan Besar Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan bersatu padu.

2. Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu :
Biru - bermuafakat dan bersatu padu
Merah - Keberanian dan keluhuran
Kuning - Kejayaan dan Keharmonian
Putih - Kesucian dan bertanggungjawab

3. Lima Bulatan Kecil Warna Merah
Bulatan dibahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan inspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayati.

4. Dua Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia bersatu padu.

5. Garisan Berwarna Merah Terletak di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

6. Segi Tiga Berwarna Kuning
Segit tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.

7. Garisan Merah Di Atas Garisan Putih
Barisan warga Rukun Tetangga yang gagah berani mempertahankan keamatan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.

8. Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang diamalkan bersama bagi tujuan membentuk Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.